Thursday, July 29, 2010

.::Nilai Mereka di Mata Kita ::.

Posted by Unknown on 29.7.10

Thursday, 29th July 2010 , 0312


AskuruLLah Syukran jazilan...

Dalam aku bercerita Mengenai Mereka, sudah pasti, mereka itu adalah sahabat. Semua orang mahu bersahabat. Dan ada juga yang mengenepikan perihal bersahabat Demi kepentingan diri. Biasalah, manusia.. Macam-Macam Ada! Namun bagi mereka yang Bersahabat.. Perlu Pula ditanya di segenap diri kita, apa NILAI Mereka pada kita.. Banyak gelaran nak Bagi.. Kawan biasa-biasa.. Kawan so-so.. kawan Baik.. Kawan terBaik.. BFF dan sebagainya..Lebih-Lebih lagi sekarang ni di zaman yang dibanjiri Laman Sesawang seperti Facebook (FB), MySpace,Friendster,twittter dsbgainya...

Aku juga Punya Falsafah mengenai bersahabat.. bagiku... cukup mudah..

Bila Mereka berjaya,kita tidak membenci.. dan bila mereka gagal,Kita tidak Mengeji , It's Only Love.. 
Itu PandanGan ku semata... Ayuh Kita memperluaskan minda.. mengenal erti sahabat melalui perspektif yang lain...

(HADIS)
1. Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.



2. DARIPADA Abi Musa al-Asyaari, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya perumpamaan sahabat yang baik dan sahabat yang jahat adalah seperti penjaja kesturi dan tukang hembus api. Penjaja kesturi mungkin akan memberikannya kepada atau kamu membeli darinya atau sekurang-kurangnya kamu dapati bauan yang harum. Dan tukang hembus api akan membakar kainmu atau kamu mendapati bau yang busuk. (Syaikhan)
Pengertian
Dalam hadis ini Rasulullah membuat perumpamaan berhubung dengan kawan atau sahabat yang baik sama seperti penjual bauan. Siapa yang datang kepadanya akan beroleh bauan tersebut, sama ada dibelinya atau diberinya percuma ataupun sekurang-kurangnya bauannya yang harum semerbak. Sedangkan kawan yang jahat akan membahayakan orang yang mendekatinya sekalipun dia tidak terlibat sama dalam kejahatan tetapi tidak terlepas dari tuduhan orang kepadanya.
Kesimpulan
Pandai-pandailah memilih sahabat dan berkawanlah dengan orang baik-baik yang dapat memandu ke arah kebaikan

3.
Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: 
Nabi saw. bersabda: Salah satu di antara kalian tidak beriman sebelum ia mencintai saudaranya (atau beliau bersabda: tetangganya) seperti mencintai diri sendiri


(Qaulu Hukama')


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan
# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sahabat Rasulullah, Saidina Ali ada berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di samping kamu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatan kamu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site