• Mari Meraikan Kepelbagaian

    Debat Perpaduan Intervarsiti 2011

  • Bila Hati Mula Diterjemah

    Kerana Cinta, Ku turutkan Rasa Hati..Kerana Cinta, Ku turutkan Jua

  • Interschool Debating Championship

    here we go again, accomplished 10th annually debate competition [...]

  • Rembauwi 0204

    There is a School in Rembau.. They call the SMRA REMBAU And it's been the ruin of many students And God I know I'm one[...]

Saturday, April 30, 2011

Hai Debat ! dah 3 Tahun , Nak Cerita sikit pasal Kau (part 1)

Posted by Unknown on 30.4.11


- Debat -

apa itu debat?  kenapa nak berdebat? boleh ke berdebat?

apa itu debat?

satu perkataan hasil cantuman 5 huruf yang BERBEZA D E B A dan T kalau dalam English, akan ada repetation untuk "E". debat tu apa? seni bebelan? sukan orang yang  cakap nak menang jer ? ILMU? setiap orang ada persepsi yang berbeza. bagi saya, debat yang pertama adalah ILMU.

Kenapa ILMU?

apa maksud Ilmu? pelbagai pendefinisian akan diberi.ramai la yang akan bukak pelbagai kitab semata-mata untuk menjelaskan apa itu ilmu. Ilmu pelita hidup.. ilmu itu cahaya dan sebagainya. Kenapa debat itu ilmu. Saya percaya, debat memberi ilmu, maka ia adalah ilmu. Sebagai pelajar, contohnya saya, mengambil jurusan Pendidikan Matematik serta sains dan Komputer. Hidup dikelilingi nota,rumus serta formula matematik. Tidak dilupakan juga “coding-coding” java script, apatah lagi C++. Kitab falsafah pendidikan juga jangan dilupa. Itulah kitab yang senantiasa perlu dikendong.

NAMUN,

Adakah ilmu dalam hidup saya perlu untuk dilimitasi kepada perkara itu sahaja? Saya juga mahu tahu macam mana pergerakan ekonomi,kenapa kebergantungan dunia kepada US berlaku? Apa berlaku pada bretten wood, Apa yang berlaku dalam krisis ekonomi Malaysia 1998. Siapa George sorros. Itu belum lagi isu berkaitan IMF. Pernahkah anda tahu apa itu IMF. Ya, saya tahu, ia menyebabkan Indonesia gawat sehingga sekarang. Tahukah bagaimana ia boleh Berlaku? Tidak bukan? Namun dalam debat, dengan usul-usul seperti
  • ·         IMF Ibarat Lintah
  • ·         Dunia Perlukan Blok Ekonomi
  • ·         Dewan ini menyokong  penubuhan matawang Asean
Dan sebagainya lagi. Dengan usul-usul sebegini, saya yakin dan pasti, terbuka hati kita untuk mencari apa itu IMF, kenapa ASEAN nak buat matawang baru? US tak bagus ke? Apa itu blok ekonomi dan sebagainya.Ilmu. Bukan ilmu berkaitan ekonomi sahaja debat ni, kita akan disajikan dengan berita alam sekitar.Protokol Kyoto.Apakah Itu? Deklarasi Rio? Earth Hour,Owh, hari tutup lampu selama sejam, namun pengisian, adakah kita tahu? Saya bukan mahu katakan orang masuk debat ini semuanya berilmu. Anda silap. Kami yang berdebat ini adalah orang yang sentiasa mahu mencari ilmu. Mahu tahu apa itu ilmu. Kerna, itulah hakikat sebenar ilmu. Tidak pernah punya penghujung. Infiniti. Ibarat petrol kepada kerata, debat pemangkin untuk kita meneruskan lembaran pencarian ilmu.  Dalam debat, kita tidak mahu digelar tidak tahu. Kita senantiasa mahu tahu. Betul kan? Sedangkan bercakar dan bercakap dengan kawan dan guru-guru pun kita mahukan pendapat kita diterima, sedangkan dalam debat. Lebih-lebih kalau dalam pertandingan. Namun , pendapat yang bagaimana mahu diterima, pasti pendapat yang penuh dengan ILMU dan HIKMAH. Berbicara tentang ilmu, ia tak akan habis. Masuk soal kedua. Debat itu Seni.

Kenapa SENI?

Seni apa? Seni ukir? Patung apa nak diukir? Debat tidak mengukir patung. Ia mengukir pemikiran. Ya. Ia mengukir pemikiran. Sudah saya katakan, pendapat yang diterima adalah pendapat yang disarung dengan ILMU dan disadur dengan HIKMAH. Bagi saya seni dalam debat menjadikan ia hikmah. Pemikiran akan sentiasa diasak dengan pelbagai persoalan,pertikaian. Andai berdebat tajuk latihan atlet luar negara meningkatkan prestasi atlet(terkenang usul Debat Daerah Kuala Pilah). Selaku kerajaan yang mencadang, pasti akan bermain selamat. Cukup untuk kita katakan, atlet-atlet yang menjalani latihan di luar negara mampu untuk mengharumkan nama negara dengan sumbangan pingat dalam kejohanan sukan seperti sukan sea dansebagainya. Itu kes kerajaan. Namun pasti pembangkang akan tampil dengan seribu satu persoalan, pertama, kalau sebelum menjalani latihan di luar negara, noraseela Khalid dah mampu sumbang emas untuk negara, maka , apa justifikasi Meningkatkan prestasi atlet tersebut? Atau, pembangkang akan bertanya, sukan sea tempoh lalu, noraseela Khalid gagal sumbang pingat,respon? Lihat,Soalan-soalan begini la yang akan ditanya. Tajam atau tidak, bagaimana kita letakkan sebagai kes yang menentukan segala-galanya. Namun sebagai kerajaan, takkan kita nak diam sahaja. Takkan nak tunjukkan kita sudah menyerah kalah? Disaat kita cuba menyelamatkan kes, SENI-SENI setiap pendebat akan tertonjol. Ada yang cantik, diadun dengan penggunaan bahasa yang cermat. Ada juga yang comot,dengan persembahan yang orang kata “nak menipu pown tak-confident” + penggunaan dan penyusunan bahasa dalam “argument” yang berterabur. Namun, itulah yang dinamakan seni. Kita akan ukir. Ibarat mengukir kayu untuk dijadikan replika, diawalnya memang jelas kelihatan comot dan hodoh kayu tersebut dan tiada apa-apa, namun jangan putus harapan. Teruslah mengukir. Simboliknya, samalah dengan kita untuk mungukir pemikiran kita. Makin diukir, inchallah bertambah baik dan cantik. JANGAN DIHARAP RAHMAT ILAHI DISAAT-SAAT AKHIR SAHAJA. : ) .

Friday, April 29, 2011

Perang dah Tamat

Posted by Unknown on 29.4.11





(Tun Dr. Mahathir - Intro)
The world now lives in fear
We are afraid of everything


Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

(ulang korus)

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[ulang korus]

(bridge)
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

(ulang korus 2x)

(Tun Dr. Mahathir - Outro)
War must therefore be made illegal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site