Monday, October 25, 2010

sekadar Perkongsian dari hati yang luluh ikhlas..

Posted by Unknown on 25.10.10

First Of All... Thanks to Encik Yo ... ni Hasil beliau.. saya cuma kongsi!

may first! selalu di hati!! - itu lagu pembukaan untuk siri kali ini.

di satu desa yg permai yg diterajui oleh raja yang digelar,Daddy Dua Akar (Pak Two-Root). Raja itu punya permaisuri, namanya May First. May First cantik, rambotnya segar lagi kembang, kulit mukanya sungguh tegang, bibirnya sedikit terjuih, dan dia suka berkaroke di majlis2 keramaian. yang paling penting, dia ramping!

hendak dijadikan cerita, suatu hari may first menganjurkan Pertunjukan Ratu Kebaya- Islamic Way. dia ingin memartabatkan namanya... eh, nama islam ke peringkat antarabangsa. lalu dia menyuruh konco-konconya mengupah designers luar negara dan model2 luar negara (kalau amek dalam negara punyerrr, tak antarabangsa pulak)..

lalu peninglah designers2 ini berpikir. bukankah baju kebaya tu ketat? dan ramping pulak di pinggang? lepas tu kain dia kenalah ada belah? dan selalunya org berkebaya cuma pakai selendang jarang? jadik macam mana nak kasi kebaya the islamic way? islamic way tak boleh ketat, kena longgar, tak boleh belah-belah and dedah-dedah, lepas tu kena la pakai tudung, selendang yg jarang dan hanya mampu tutup tiga helai rambot tak aci dalam islam. abih tu macam mana nak kasik islamic? WARGHHHHH!!!!

tetapi tiba-tiba mereka ada idea! buat apa nak pening2? kita jadikkan mayfirst sebagai model rujukan. dia kan orang islam? tapi selamba je die 'menyinga'kan rambotnya, dia selalu pakai baju yg tak berapa nak longgar jugak. dan nak kasik nampak lagi islam, kita letak corak yang ada nama nabi bagi org-orang islam, Muhammad. yes! dorang pun mula mendesign.

hari pertandingan pun bermula. may fist lah penaungnya, pengasasnya, dan of kos, perasmi nya. jadi semasa perasmian, dia pun memberikan ucapan.

"The Islamic Fashion Fe... opsss.sori.. 'The Pertunjukan Ratu Kebaya- Islamic Wayis precisely intended to end the myth that a Muslim woman cannot posses a sense of style. On the contrary, Islamic dressing is a style of its own, and today, it is beginning to attract more and more attention, as mainstream trends become increasingly bold, sensual and provocative which is unappealing to the more conservative consumers"

itu lah serba sedikit quote dari may first. lalu show pon bermula. ....................................................................................................................................................................................................................................................

semua tercengang.. islamic way? what the... tu.. tu bukan ke nama Muhammad ke kat baju tu? kat atas dada model perempuan tu, and kat bahagian kemaluan model perempuan tu pun ada gak corak nama Muhammad..

tapi ini kan program may first? takkan nak cemuh kot? akhirnya, apabila pertunjukan berakhir, semua orang berdiri.. bertepuk tangan! clap clap clap! tahniah may first! you are the inspiration of islam!! semua orang menangis terharu atas kejayaan pertunjukan ratu kebaya ini. inilah yang kita mahukan! akhirnya kita jumpa juga serikandi yang mampu memartabatkan islam! ulama-ulama pun tak mampu MEMARTABATTTTKANN islam camni! cuma mayfirst seorang mampu! disebabkan may first suka karok, di akhir penutupan majlis, dia meng'cat walk'kan dirinya ke atas pentas, dan menyanyi lagu 'hanya kau yang mampu' nyanyian asal oleh aizat'. lagilah penonton-penonton ni dok tepok. kena tepok, kang tak tepok tak dapat tender lak.

designers dan pelawat-pelawat negara luar juga bertepuk. dalam hati, mereka berkata, "laa.. aku ingat islam ni byk sangat kena tutup badan perempuan..  tarak la teruk sangat. dok serupa cam bini aku jugak cara depa pakai baju."dorang juga berfikir, "laa.. aku ingatkan perempuan takleh nyanyi depan lelaki camni. lepak je mayfirst nyanyi. hmm.. tak beza mana la islam ngan agama aku!"..

akhirnya may first berjaya juga memberikan pemahaman jelas tentang cara-cara berpakaian dan aurat dalam islam kepada org agama lain. smoga kamu mendapat ganjaran Tuhan atas 'budi' kamu itu. sekian.

p/s- luahan ini spesifik hanya utk kedangkalan may first dlm penganjuran 'pertunjukan ratu kebaya-the islamic way' sahaja, sebab kealpaan dia telah mencemar persepsi dunia pada islam yang sebenar, esp bab aurat. aku tak ada niat nak kutuk yang lain2 pasal dia, sebab aku tak kenal dia. amalan dia mungkin lebih baik dari aku. ramadhan hari tu pun dengar kata die khatam 30 juzuk al Quran. tu pencapaian yang jaoh lebih baik dari aku ni. harap maklum

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site