Thursday, February 3, 2011

hari ini untuk dikenang...

Posted by Hamizan Hamzah on 3.2.11

saat mata yang terpejam lama di perut ibu terbuka... 
melihat  dan merasa indah silau cahaya dunia... 
Takut.
kerana selama ini hanya berada dalam kantung ibu...
lalu kelahiran diiringi tangisan dan teriakan..
Takut.
kerana bayi ini telah berjanji pada Tuhan..
segala hidup matinya
adalah hanya untuknya..

Sang bapa mengambil Anak..
Lunak Suara.
Mengalunkan Azan.
Membisikkan Iqamah.
Sunyi.
teriakan dan tangisan terhenti.
lega bayi ini.
Janji pada Tuhan telah Terisi.
lega bayi ini.
kerna agama yang diwarisi.
adalah agama yang diterima ilahi.

Namun,
aku dia dan mereka.
juga pegang perkara yang sama.
ingin bercinta.
dan ingin dicinta.
disoalnya cinta,
cinta itu buta
meski diajar..
cinta itu milik tuhan..nabi.dan agama..

sukarnya mengenal cinta.
payahnya membina jambatan ukhwah.
namun mengapa..
mudah saja memutus cinta
senang jua tuk merobohkan ukhwah yang sedia ada.

kita sering mencari alasan
alasan untuk membenci.
dan disaat itu pula perlu untuk kita bertanya..
benarkah.. mata ini dibuka ..
untuk kita mengenal erti benci berbanding cinta..

sedangkan..Janji Kita pada Tuhan!
mati.hidup.segalanya pada tuhan.

Andai jasad masih bernyawa!
jangan biarkan ia bernyawa seolah tidak bernyawa..


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site