Saturday, July 16, 2011

bila hati mula untuk diterjemah

Posted by Unknown on 16.7.11


Hari : Sabtu
Tarikh : 9 Julai 2011
Tempat : SMASKP , Alma Mater





















Kerana Cinta, Ku turutkan jua Hati.. 
orang kata, Pembelajaran bukan sekadar belajar namun bagaimana kita cuba berkongsi ilmu..
sesi perkongsian Alhamdulillah, sudah beberapa bulan rancang.. sekejap dengan tersepit dengan jadual peperiksaan, jadual para pelajar pulang, 
Akhirnya..

Kerana Cinta, Ku turutkan hati,
sampai Jua kami di Bumi Tarbiyah Gersang Selaru yang menempatkan sebuah Sekolah terpencil..
SMASKP..
Alhamdulillah, kunjungan disambut dengan baik

siapa sangka,
Kerana Cinta Ku turutkan hati,
 yang baru pulang melatih MRSM PONTIAN, tidak tidur-tidur..
meneruskan perjalanan ke SMASKP pada pukul 130 pagi.. 
Biar kebasahan kereta serta baju2 dek tertumpahnya Air yang disapu dimuka.. 
namun, Itulah orang kata..
Kerana Cinta, Ku Turutkan Hati.. 

Siapa sangka,
Kerana Cinta Ku Turutkan hati
Akak tersayang, Ummu Umairah
Walau sedang sibuk dengan Perniagaan jubah Di Penang,
tetap turun Hadir Berkongsi Ilmu, kalau Mahu dikatakan punya pertalian darah atau sedara di SMASKP,
Memang tiadalah..
Alumni..Itu cuma mimpi..
Namun, Itulah orang Kata..
Kerana Cinta, Ku Turutkan Hati

12 Jam Lebih.. 10 pagi - 12 tengah malam.. 
dan kami terus pulang ke Nilai, kerana Keesokannya,
friendly Debate dengan Adik-adik SDAR yang Bakal berjuang di IDC 2011


Aku dan Juga Saudara izad Shah.. baru Tiba di Mcd Nilai
izad sedang asyik dengar pandangan IKHWAN tentang Usul MYAMMAR..
hebat kan Mereka?
ketika ini, jam sudah menunjukkan detik 130 pagi..
sedang esok ada perlawanan persahabatan di SDAR, tapi demi adik-adik MRSM Pontian,
Izad, memang Gigih.. betul la orang kata
kerana Cinta, Ku Turutkan Hati..


Barisan Pendebat SDAR - Hebat Mereka !
moga doakan yang Terbaik Buat Mereka..

Sedang Sibuk2 makan-makan dan jamah di Rumah Abg Syamsul Amri a.k.a Abg Acoy , Izad kata.. dak-dak Mrsm Pontian Lepas ke Separuh Akhir..
jelas terpampang kegembiraan kat muka dia, Ikhwan...
Aku?
menumpang kegembiraan.. Sangat gembira bagi mereka..
dan kami berempat terus, mengambil keputusan ke MRSM Alor Gajah..

Setibanya di sana :


Perbincangan tetap diteruskan,
Kerana..
aku Percaya, mereka mahukan yang terbaik dari anak-anak murid mereka..
Ikhwan - dah 2, 3 hari tak tidur, tak berehat,
tapi takpa,
Kerana Cinta , Ku Turutkan Hati..
Aku tahu, dia sangat-sangat bangga dengan anak-anak didik dia..
SEMI FINAL buat kali pertama.. memang satu pencapaian yang hebat
walau aku kira tempoh latihan yang diambil kurang dari 1bulan...



Setibanya di sana, Jumpa sahabat debat UTM, Mustaqim a.k.a Amy pening a.k.a Angry Bird..
borak-borak.. cerita pasal debat..
tanya pasal kelab..
n dia belanja kami 2 GCB..
*hasilnya, habis kat semua dak MRSM kat sana aku promote yang mus ni dak Forecast or Fast Track..
Ramai Kaget dengan dia.. Ahaaakss!

dan Akhirnya.!!!!!!!!!!!!!!


MEREKA GAGAL memboloskan diri ke peringkat akhir..
namun, Aku dan MUS punya cita yang sama,
mahu adik-adik ni try forecast dan masuk UTM.. bukan kerna bakat dalam debat..
tapi kesungguhan.. aku sungguh terpana dengan kesungguhan mereka..
*sorry Ikhwan, Nak curik anak didik hang.. Ahhaakss !

dan Sekarang... Aku Berada di UIAM untuk Pertandingan debat Interschool 2011
Membawa adik-adik merasai pengalaman berdebat dari dimensi yang berbeza
sudah tidak mahu hanya terperuk di peringkat Daerah..
Cuba pengalaman Luar..



*bila memandang ke langit,
memang mampu untuk ku pandang cahaya
dan memang ku mampu mengakui kewujudan bintang,
namun, menduga seberapa banyak bintang tersebut?
jangan pernah mencuba, kerna nanti pasti akan terhilang kira..

*sama juga dengan budi dan jasa MEREKA
memang mampu aku pandang, amati setiap gerak geri mereka
dan memang perlu aku akui itulah jasa.. itulah budi..
namun, bagaimana untuk beterima kasih?
kalau bintang seluas angkasa tak mampu aku bilang,
inikan budi manusia yang tak termampu dibalas..

Buat Mereka Yang Berjasa - TERIMA KASIH.. JASA dan BUDI kalian akan aku jadikan Benih,
Benih Untuk Aku suburkan Cinta .. Cinta yang aku percaya akan menambat rasa taat dan Setia aku Pada Kalian..
kalian Sahabat, yang aku tak termampu punya lagi kalau aku kehilangan..

TERIMA KASIH !

-sungguh tidak ikhlas aku, kerna, lafaz terima kasih belum diungkap ..
kerna aku malu dan tak mampu.. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site