Saturday, April 3, 2010

Ape Kaitan PGL dan JIN IFRIT - so, lets read it 2gether2

Posted by Unknown on 3.4.10

First of All, credit to MR.Yo 4 the olahan di FBnyer.....


PENGENALAN

Utk keselesaan korang dan megelakkan aku dikatakan sewel, i would say sumbernye dari mereka yg mendakwa dekat dengan alam lain, dari forum2 di atas. sebenarnya adalah dari forum rawatan sihir tu, jiwang tu third party tapi masih ade post nye di situ. bleh check.

Ala, lagipun mmg PGL byk version. just treat this one as another version. crite ni tidak komfem sahih. just sharing


p/s- ni takdak kaitan ngan post ni, tapi kalu nak baca, kisah PGL ade dalam dua kitab lama, iaitu Hikayat Hang Tuah dan Salatus salatin.


LATARBELAKANG HANG TUAH

Hang Tuah dan kawan2nya berasal dari Acheh. Bapanya ialah seorang ulama besar bernama Al-Juyus Hamid Matingan. Beliau dan kawan2nya belajar dengan AdiPutra di sebuah gua sejak mereka berumur 9-10 tahun. Mereka tamat belajar pada umur 17 tahun.


Keris Taming Sari

AdiPutra mempunyai satu keris 7 lekuk yang terkenal bernama æTaming Sari�. Keris itu dibuat di Jambi.

Keris itu dikatakan dibacakan ayat2 Quran sehingga 7x khatam, dan zikir LAILAA HA ILLALLAHnya saja sebanyak 7 juta. Hamba ALLAH ni mengaku keris ini diduduki jin Islam.

Keris ini diberi oleh AdiPutra kepada HT kerana HT mempunyai kelainan. Namun seorang panglima Majapahit bernama Karmo Wijayo telah mencuri keris ini menggunakan jin.

Selanjutnya mereka ke Melaka dengan sampan, dan menumpang kapal2 pedagang. Perjalanan mengambil masa selama 3 hari.

Ketika mereka tiba Melaka, ada berlaku kes mengamuk. Jadi mereka dengan ilmu silat dapat meredakan keadaan. Memandangkan kebolehan mereka, Sultan Mahmud telah menawarkan pekerjaan di Istana.

Sultan Mahmud ini diketahui kejam. Kisah Baginda membelah perut seorang wanita yang mengandung kerana memakan nangka seulas (mengidam) ini disahkan betul oleh hamba ALLAH. (Kisah Sultan Mahmud Mangkat di Julang)

Ciri-ciri Hang Tuah

HT senang cakapnya, Tampan dan bersih raut wajahnya kerana beliau mempunyai cahaya di mukanya kerana sering solat hajat. Beliau mempunyai kulit cerah yang seakan merah. Namun beliau bukan dari keturunan Arab. Alis matanya tebal.

HT amat patuh pada Sultan Mahmud dan apalagi akur pada perintah2 ALLAH. Pada pandangan saya ini merupakan punca konflik apabila perintah ALLAH dan perintah Sultan tidak bersepadan.


LATARBELAKANG PUTERI GUNUNG LEDANG (PGL)

PGL pulak merupakan seorang puteri dari golongan jin ifrit. Beliau lari dari istananya di Sumatera kerana tidak mahu dikahwinkan dengan seorang raja jin yang jahat dari Mesir. PGL ni sering bersama seorang khadamnya bernama Melur. Rupa Melur macam Nenek Kebayan.

PGL ini tidak dapat menyerupai kepada 72 rupa. Cuma cerita2 sejarah silap merekodkan mereka ternampak Melur dan dikatakan PGL kejap cantik dan kejap tua.


Ronda-ronda di bandar Melaka terjumpa Sultan


PGL sering ke Bandar Melaka dalam keadaan manusia. Bangsa jin boleh menyerupai manusia. Sewaktu itu, PGL belum lagi memeluk Islam.

Sultan Mahmud telah ternampak PGL ketika hendak baru berangkat untuk memburu. Baginda telah jatuh cinta melihat kejelitaan PGL. PGL dapat melarikan diri sebab ia terdiri gari golongan jin ifrit maka ia boleh terbang dengan sangat laju serta boleh berlari dengan sekelip mata.

Namun Sultan Mahmud dapat menyelidik latarbelakang PGL melalui seorang Pawang Negara bernama Pak Karin Alwojo


PGL jatuh hati dengan HT

Apabila HT disuruh mencari PGL, PGL telah jatuh hati dengan ketulusan HT. Rupa-rupannya jin ini boleh melihat ketulusan manusia berdasarkan warna cahaya aura tertentu. PGL membacakan mantera jin supaya HT boleh nampak PGL. Kedua-duanya pun saling bercinta, dan PGL pun mengenali Islam melalui HT.

Kedua-duanya sering solat hajat untuk dimintakan samada keduanya jadi manusia atau keduanya menjadi jin untuk mudah mereka bersama sebagai suami isteri. Kalau tidak, cuma ada waktu tertentu mereka dapat bersama.

Tempat selamat untuk mandi di kaki Gunung Ledang

Ada satu tempat di kaki Gunung Ledang yang dikawal pembesar-pembesar PGL. Tempat ini bersebelahan dengan tempat perkelahan Sagil yang mungkin ramai orang tahu.

Namun, tidak ramai orang tahu bahawa tempat Sagil itu didakwa keras kerana sudah melibatkan lebih dua kes orang berlaku sumbang (zina) dimana kemaluan mereka melekat (tidak dapat dicabut).



Anak-anak PGL dan HT

Mereka dikurniakan 7 orang anak. Dalam 7 orang anak terdapat 2 orang anak mereka yang suka ke masjid manusia dalam penyamaran manusia. Satu masjid di Melaka dan satu masjid diJohor. Nama2 masjid saya perlu rahsiakan dulu sebab tidak tentu kesahihannya. (perlu siasat).


PERTARUNGAN HANG JEBAT (HJ) DAN HANG TUAH (HT)

Pada satu masa, HT telah dihukum bunuh. Maka HT telah menyerahkan keris Taming Sari kepada HJ. HJ seterusnya mengamuk dan membunuh beberapa orang pengawal Sultan Mahmud.

Apabila HT dilepaskan untuk membunuh HJ, HJ telah memberi keris kepada HT kerana HJ sangat sayang kepada HT. Namun HT tidak mampu membunuh HJ kerana dia pun sayang kepada HJ.

Maka HT pun lari dari istana bersama keris Taming Sari. Kesedihan HJ ini diambil kesempatan oleh Karmo Wijayo dan dia bertarung dengan HJ dan dapat membunuh HJ. Apabila HT lari dikejar pengawal2 Sultan, HT dilarikan pula oleh jin pembesar PGL ke Gunung Ledang


HANG TUAH TIDAK MAHU JUMPA MANUSIA

Rentetan kisah tragik antara HJ dan HT dan juga cerita2 kurang tepat membuat HT tidak mahu berjumpa manusia lagi.

3 comments:

huhu "hang midah" cam mn plak?

hang midah asalnyer dari rawi.. maka terbitlah hamidah di jejawi.. hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site