Sunday, December 11, 2011

Dear Teacher Wannabe

Posted by Hamizan Hamzah on 11.12.11

Dear teacher Wannabe,
dah 4 tahun, hampir.kita di sini. mencari ilmu.kononnya memenuhi impian dan harapan.impian sendiri?impian ibu? impian bapa?. terpulang. kononnya mahu jadi pendidik. terdidik kah kita ? jom soroti 4 tahun kita di sini.

Tahun 1.
Oh teacher Wannabe.Kanak-kanak lagi kita. baru lepasan matrik.ooopppsss.. ada abang dan akak yang sudah matang.cam mane la si Matang nak sekelas ngan si kurang matang? mungkin Laki-laki tiada la masalah sangat. layankan saje semua. cuma ada lah sorang dua orang. erk? sorang ke dua orang ni? suka ati la. mereka ni kes2 terpencil. namun, Kita layankan saja. Apa yang menarik. ketika ni la semua semangat berkobar-kobar. nak kalahkan dia ni.nak kalahkan dia tu. Dan ketika ini la memasing mencari Mentor memasing. memasang cahaya keinginan melalui cahaya yang dsuluh mentol Tersebut untuk Peroleh GPA tertinggi... Sumpah. Ini Pasti apa yang dikejar buat mereka yang bergelar FIRST YEAR. but then, Kita ni BAKAL PENDIDIK. Teacher wannabe. apa pendedahan yang fakulti bagi ek? Teeet. Aku tak Ingat. Yang aku Ingat. kelas FP. Ada sorang lecturer ni terangkan pasal PPSMI akan tukar semula jadi bahasa melayu.. Kat DBP kah siap da buku translation semula ke bahasa melayu.. OK. Itu sahaja Isu-Isu semasa Pendidikan yang didedahkan ketika ini. Selain itu. DOKTRIN untuk semua dapat GPA or CGPA 4.00.. itu semua tahun 1. dah tak ingat. itu jer yang ingat.

Tahun 2.
Terlalu busy.tak tahu apa yang berlaku di Fakulti. me isolated my self. tapi yang penting.Ketika ini, dah kecoh demonstrasi tak puas hati tentang PPSMI yang diketuai oleh.. Jeng jeng jeng.. Fikir-Fikir kan la.. owkay. itu saja isunya.

Tahun 3.
oh Teacher wannabe.Ingatkah Kalian. Ini Tahun Kita berLATIHAN MENGAJAR. Best-Best-Best.Dapat jugak jengok sekolah. meliputi kawasan JB,MUAR,BP dan sebagainya.ada yang suka.ada yang tak suka.Tapi semua menyimpan perasaan yang sama. Tak suka SV datang melawat.. wuaahahahahaah... Tensioon Woo.. But then, 4 me, kat situ di Muar. Bersama 6 Jejaka di rumah 69.. Zaki brian Azuwan Din n herman.. lain-Lain sekolah semua except me n zaki... perghh.. setiap kali pulang mesti ada ceritanya.. best2 wooo... Herman dengan cerita studentnya yang kekadang kekwat(ini di awal..diakhir dah baik).. Brian ngan kisah ke-Kekwatannya... ahhaaksss.. lawakkk.. zaki.. 4 sure la.. Laris boh di JJ.. Azuwan - busy develop web High school.. Din - diam sangat.. xbanyak share... BTW.. pasti semua simpan kisah suka duka tu dalam hati sendiri.. tak boleh nak dedah2 sangat.. malu boh.. ahhhaaaksss...tapi sekejap jer LM ni.. satu sem.. pulang dari LM.. blajar cam bese.. Adeesss LETIH.. n Benda paling best.. PPSMI da mansuh... Wuuttt.. Wuuutt.. (Ingat senang k nAk ajar sains and Math dalam BI) ... huhuhuhuhu.. ada baik ada buruk la... but then.. dah official benda ni akan berlaku dan PPSMI ditukar kepada MBMMBI.. ahhaaakkksss...

Tahun 4.
ini Lagi HOT kot citernyer... Tan Sri Muhyiddin Yassin punya penguguman di TV3.. Wo! ramai giler melatah.. aku pown same.. ye la.. da penat belajar.. dan2 tak da keja.. isunya.. IPG akan diambil berbanding IPT.. IPT pown yang akan diambil yang KPM.. Aku tau.. reasonnya mesti nak cakap kurikulum IPG lebih mendedahkan pelajar dengan situasi sekolah n pelajar IPG banyak kali pi solah buat ros n yedda yedda yedda berbanding dak2 IPT. heh. patut la KPM xpernah amek kisah pasal Standard n kurikulum kat FP di IPT... ruparupanya ini depa punya plan (ni assumption) awal aku je.. but, benda aku paling tak suka. ada je PIHAK MENANGGUK DI AIR YANG KERUH... huh.. pandai2 la memasing faham..

Dear Teacher Wannabe.
dah nak abis belajar da.dan da nak jadi Pendidik da. dalam menddik jangan terkeliru dengan teori-teori yang dah dipelajari. Vygotsky la.. thorndike la.. skiner la.. Piaget la.. apa yang penting dalam mendidik adalah hati.. mustahil dalam sesebuah pembelajaran untuk guna sesuatu teori sebab, mesti akan ada kepelbagaian student yang mungkin bila kita guna teori Piaget, akan ada yang jenis Vygotsky.. pasti akan ada yang jenis behaviorism.. mesti ada yang construct.. cam mana mahu sesuaikan.. ikut hati.. kita bukan sekadar kena belajar kurikulum.. tetapi kena belajar tentang pelajar yang kita nak kena ajar..

jangan biarkan student dibelenggu ketakutan. tak semua orang peroleh keberanian dan kecekalan hasil ketakutan.bahkan akan lahir kebencian. kebencian yang pasti mengundang permasalahan. pandai-pandai la ya.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site