Tuesday, January 3, 2012

Maaf

Posted by Unknown on 3.1.12

Maaf 1 :
Kisah Terjadi sekitar tahun 2003,kalau tak silap. lokasi : maahad Ahmadi, Gemenceh. Kejohanan Sukan Sekolah Agama Zon Rembau-Tampin-Johol(RTJ) sedang berlangsung. Letih menunggu giliran perlawanan yang tak kunjung tiba, maka lepak beramai-ramai ke tempat berlangsungnya perlawanan pingpong. Si A lawan Si B. Pergh. TipTop la. swing sana,swing sini. Potong sana-potong sini. Spin sana Spin Sini. Namun, dalam keasyikan menonton perlawanan tersebut, apa yang mengkagumkan seisi dewan, Si A, yang sentiasa ditemani Muallim merangkap Coach beliau, sering mengungkapkan kata MAAF bila spin bola tak masuk, spin bola kena net, xdapat tangkap bola spin atau dengan bahasa lebih senang, bila hilang mata. MAAF USTAZ. selepas tu, MAAF USTAZ. Selepas tu, MAAF USTAZ. sehingga la beliau kalah.

Maaf 2 :

Seorang hamba Allah, jujur. kadang kala keterlaluan. tak boleh simpan perasaan. hebat mengkritik. kritikan beliau sering membuatkan kawannya tidak senang, tacin la.. satu ketika, ketika "friendly" bolasepak, ada seorang sahabatnya yang acuh x acuh. pandang remeh terhadap perlawanan tersebut. maka, si Hamba Allah ni yang terkenal ngan SARCASM dan sakastik hanjing berbulu emas ni, mengeluarkan la kata-kata yang meruntun jiwa kawannya itu. mungkin kerana kawannya merasakan dia asyik berperangai sedemikian, kawannya hamun la dia dengan berdialogkan " hang ni, sentap,sindir... pastu terhegeh2 nak minta maaf.." maka hamba Allah tu terus tersenyum tergelak2 kononnya tak tacin padahal dia adalah insan paling kuat tacin di dunia, meninggalkan padang. (tyme tu memang da abis friendly)... tetapi, keesokan harinya, si hamba Allah ni tetap minta maaf seperti yang diduga rakannya itu.

Maaf bukan satu permainan oleh pemohon yang memohon kemaafan.
kemaafan, menggambarkan manusia itu berjaya menundukkan keegoan,demi menyesali suatu kesilapan yang manusia itu baru tersedar itu merupakan satu kesilapan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site