• Mari Meraikan Kepelbagaian

    Debat Perpaduan Intervarsiti 2011

  • Bila Hati Mula Diterjemah

    Kerana Cinta, Ku turutkan Rasa Hati..Kerana Cinta, Ku turutkan Jua

  • Interschool Debating Championship

    here we go again, accomplished 10th annually debate competition [...]

  • Rembauwi 0204

    There is a School in Rembau.. They call the SMRA REMBAU And it's been the ruin of many students And God I know I'm one[...]

Thursday, June 2, 2011

Posted by Unknown on 2.6.11


entry terakhir 30 APRIL 2011 dan Entry yang tebaru 2 JUN 2011..
sebulan masa dah berlalu.. jom, kita sama2 semak apa yang terjadi dalam masa sebulan yang berlalu ni..

1.Peperiksaan Akhir Semester
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2. Kenduri kesyukuran Saudara  Ke Umrah
~dapat Jumpa family~
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3.Bekerja
~3 kerja yang diusahakan i.Tusyen ii. RA untuk Thesis Phd SV PSM iii. Men'Journal'Kan Thesis Pelajar2 lepas Fakulti Pendidikan , di bwah kelolaan PM DR. Azizi ~
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4. American Idol Finale 



Scotty Vs Lauren

* tiada apa-apa yang nak dibanggakan. tambahan aku terpikir, kalau season lepas, amek contoh season 9, lee ade lagu kuat untuk dinyayikan time final .. "hallelujah" .. "treat her like a lady" .. "hey jude" dan crystal, xperlu nak cakap la, every performance was her solid performance.. semua boley nak nyanyi balik tyme final.
amek season 8 , Adam - mad world, kris - heartless, Aint no sunshine.. 
tapi, Lauren and Scotty... tskk..*

5.Result Final Exam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

6. X-Men : First Class
 
Poster yang sangat tak adil sebab takde SHAW dalam ni.
 
~0025,bersama sahabat, Qusyairi, Qamaruddin, Shabnam dan Abg adzuan, di East coast mall.
beli tiket dalam pukul 11 malam, pastu pi supper kat  McD Teluk Cempedak.
Serious, sangat rindu dengan kuantan dan TC. tapi xsempat nak pijak2 pasir. rushing makan.
amek seat n watch, 
for me, great movie, cuma terkadang, keterujaan menunggu since 2006 untuk menanti hasil tangan X-men pas last man stand tak berbalas sangat. ada satu ketika, cerita ni sampai tahap stagnant.. bored.
lambat dan sebagainya la. dan Tersangat TERKEJUT sebab rupa2nya RAVEN dan Prof X adek beradik Buatan dari kecil, SEBAB, dalam sequel 1,2 and 3, tak pernah muncul babak2 
yang memberi gambaran Hubungan prof X dan RAVEN. yang lain, OK~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 
curtain falling dOwn... 
ZzzZZzzZZZzzzZZZzz

Saturday, April 30, 2011

Hai Debat ! dah 3 Tahun , Nak Cerita sikit pasal Kau (part 1)

Posted by Unknown on 30.4.11


- Debat -

apa itu debat?  kenapa nak berdebat? boleh ke berdebat?

apa itu debat?

satu perkataan hasil cantuman 5 huruf yang BERBEZA D E B A dan T kalau dalam English, akan ada repetation untuk "E". debat tu apa? seni bebelan? sukan orang yang  cakap nak menang jer ? ILMU? setiap orang ada persepsi yang berbeza. bagi saya, debat yang pertama adalah ILMU.

Kenapa ILMU?

apa maksud Ilmu? pelbagai pendefinisian akan diberi.ramai la yang akan bukak pelbagai kitab semata-mata untuk menjelaskan apa itu ilmu. Ilmu pelita hidup.. ilmu itu cahaya dan sebagainya. Kenapa debat itu ilmu. Saya percaya, debat memberi ilmu, maka ia adalah ilmu. Sebagai pelajar, contohnya saya, mengambil jurusan Pendidikan Matematik serta sains dan Komputer. Hidup dikelilingi nota,rumus serta formula matematik. Tidak dilupakan juga “coding-coding” java script, apatah lagi C++. Kitab falsafah pendidikan juga jangan dilupa. Itulah kitab yang senantiasa perlu dikendong.

NAMUN,

Adakah ilmu dalam hidup saya perlu untuk dilimitasi kepada perkara itu sahaja? Saya juga mahu tahu macam mana pergerakan ekonomi,kenapa kebergantungan dunia kepada US berlaku? Apa berlaku pada bretten wood, Apa yang berlaku dalam krisis ekonomi Malaysia 1998. Siapa George sorros. Itu belum lagi isu berkaitan IMF. Pernahkah anda tahu apa itu IMF. Ya, saya tahu, ia menyebabkan Indonesia gawat sehingga sekarang. Tahukah bagaimana ia boleh Berlaku? Tidak bukan? Namun dalam debat, dengan usul-usul seperti
  • ·         IMF Ibarat Lintah
  • ·         Dunia Perlukan Blok Ekonomi
  • ·         Dewan ini menyokong  penubuhan matawang Asean
Dan sebagainya lagi. Dengan usul-usul sebegini, saya yakin dan pasti, terbuka hati kita untuk mencari apa itu IMF, kenapa ASEAN nak buat matawang baru? US tak bagus ke? Apa itu blok ekonomi dan sebagainya.Ilmu. Bukan ilmu berkaitan ekonomi sahaja debat ni, kita akan disajikan dengan berita alam sekitar.Protokol Kyoto.Apakah Itu? Deklarasi Rio? Earth Hour,Owh, hari tutup lampu selama sejam, namun pengisian, adakah kita tahu? Saya bukan mahu katakan orang masuk debat ini semuanya berilmu. Anda silap. Kami yang berdebat ini adalah orang yang sentiasa mahu mencari ilmu. Mahu tahu apa itu ilmu. Kerna, itulah hakikat sebenar ilmu. Tidak pernah punya penghujung. Infiniti. Ibarat petrol kepada kerata, debat pemangkin untuk kita meneruskan lembaran pencarian ilmu.  Dalam debat, kita tidak mahu digelar tidak tahu. Kita senantiasa mahu tahu. Betul kan? Sedangkan bercakar dan bercakap dengan kawan dan guru-guru pun kita mahukan pendapat kita diterima, sedangkan dalam debat. Lebih-lebih kalau dalam pertandingan. Namun , pendapat yang bagaimana mahu diterima, pasti pendapat yang penuh dengan ILMU dan HIKMAH. Berbicara tentang ilmu, ia tak akan habis. Masuk soal kedua. Debat itu Seni.

Kenapa SENI?

Seni apa? Seni ukir? Patung apa nak diukir? Debat tidak mengukir patung. Ia mengukir pemikiran. Ya. Ia mengukir pemikiran. Sudah saya katakan, pendapat yang diterima adalah pendapat yang disarung dengan ILMU dan disadur dengan HIKMAH. Bagi saya seni dalam debat menjadikan ia hikmah. Pemikiran akan sentiasa diasak dengan pelbagai persoalan,pertikaian. Andai berdebat tajuk latihan atlet luar negara meningkatkan prestasi atlet(terkenang usul Debat Daerah Kuala Pilah). Selaku kerajaan yang mencadang, pasti akan bermain selamat. Cukup untuk kita katakan, atlet-atlet yang menjalani latihan di luar negara mampu untuk mengharumkan nama negara dengan sumbangan pingat dalam kejohanan sukan seperti sukan sea dansebagainya. Itu kes kerajaan. Namun pasti pembangkang akan tampil dengan seribu satu persoalan, pertama, kalau sebelum menjalani latihan di luar negara, noraseela Khalid dah mampu sumbang emas untuk negara, maka , apa justifikasi Meningkatkan prestasi atlet tersebut? Atau, pembangkang akan bertanya, sukan sea tempoh lalu, noraseela Khalid gagal sumbang pingat,respon? Lihat,Soalan-soalan begini la yang akan ditanya. Tajam atau tidak, bagaimana kita letakkan sebagai kes yang menentukan segala-galanya. Namun sebagai kerajaan, takkan kita nak diam sahaja. Takkan nak tunjukkan kita sudah menyerah kalah? Disaat kita cuba menyelamatkan kes, SENI-SENI setiap pendebat akan tertonjol. Ada yang cantik, diadun dengan penggunaan bahasa yang cermat. Ada juga yang comot,dengan persembahan yang orang kata “nak menipu pown tak-confident” + penggunaan dan penyusunan bahasa dalam “argument” yang berterabur. Namun, itulah yang dinamakan seni. Kita akan ukir. Ibarat mengukir kayu untuk dijadikan replika, diawalnya memang jelas kelihatan comot dan hodoh kayu tersebut dan tiada apa-apa, namun jangan putus harapan. Teruslah mengukir. Simboliknya, samalah dengan kita untuk mungukir pemikiran kita. Makin diukir, inchallah bertambah baik dan cantik. JANGAN DIHARAP RAHMAT ILAHI DISAAT-SAAT AKHIR SAHAJA. : ) .

Friday, April 29, 2011

Perang dah Tamat

Posted by Unknown on 29.4.11





(Tun Dr. Mahathir - Intro)
The world now lives in fear
We are afraid of everything


Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

(ulang korus)

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[ulang korus]

(bridge)
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

(ulang korus 2x)

(Tun Dr. Mahathir - Outro)
War must therefore be made illegal

Tuesday, February 22, 2011

Fantasia Bulan Madu ~ PRK ...

Posted by Unknown on 22.2.11

Sekali Lagi.. Pilihanraya Kampus Telah pun berakhir dengan jayanya.
Ini adalah beberapa keputusan yang aku peroleh dari Fb sahabat aku.

KEPUTUSAN (PRO M)
UM :MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 25 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi],
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM Kubang Kerian: MENANG [Menang semua kerusi]
UMSKAL : MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
USM Penang : KALAH [15 dari 39 kerusi]
 
 apa yang penting, dengan mandat yang diberikan, laksanakan tanggungjawab dengan penuh hikmah.tatkala ideologi cuba untuk disatukan dengan kepimpinan, jangan terbabas di landasan,rebah di jalanan,dan kelemasan tidak tahu arah,tujuan dan keruan.
Buat Sahabat, Qamaruddin Mohd FauZi

Muke Seposen!




 
 TAHNIAH ATAS KEMENANGAN KERUSI FAKULTI KEJURUTERAAN FAKULTI MEKANIKAL UMP!
 

Saturday, February 19, 2011

Bertalu-talu kompang berpalu,Tanda ikatan sujud bersatu.

Posted by Unknown on 19.2.11








12th February 2011

undescribable II

Posted by Unknown on 19.2.11

aku mencintai sahabat ku
dengan segenap jiwaku.
Sahabat yg baik
adalah seiring denganku
dan menjaga nama baikku
ketika aku hidup atau selepas mati.
Kuhulurkan tangan
kepada sahabatku untuk
berkenalan kerana aku akan
merasa senang.
Semakin ramai sahabat,
semakin aku percaya diri.
Aku selalu berharap mendapat
sahabat sejati yang tidak
luntur baiknya dalam suka duka.
Jika aku dapat aku akan setia padanya

imam shafie

Thursday, February 3, 2011

1 tahun

Posted by Unknown on 3.2.11



1 tahun telah berlalu
tanpa khabar 
tanpa berita
dan aku di sini
derita merindu
pada mereka yang dirindu


hari ini untuk dikenang...

Posted by Unknown on 3.2.11

saat mata yang terpejam lama di perut ibu terbuka... 
melihat  dan merasa indah silau cahaya dunia... 
Takut.
kerana selama ini hanya berada dalam kantung ibu...
lalu kelahiran diiringi tangisan dan teriakan..
Takut.
kerana bayi ini telah berjanji pada Tuhan..
segala hidup matinya
adalah hanya untuknya..

Sang bapa mengambil Anak..
Lunak Suara.
Mengalunkan Azan.
Membisikkan Iqamah.
Sunyi.
teriakan dan tangisan terhenti.
lega bayi ini.
Janji pada Tuhan telah Terisi.
lega bayi ini.
kerna agama yang diwarisi.
adalah agama yang diterima ilahi.

Namun,
aku dia dan mereka.
juga pegang perkara yang sama.
ingin bercinta.
dan ingin dicinta.
disoalnya cinta,
cinta itu buta
meski diajar..
cinta itu milik tuhan..nabi.dan agama..

sukarnya mengenal cinta.
payahnya membina jambatan ukhwah.
namun mengapa..
mudah saja memutus cinta
senang jua tuk merobohkan ukhwah yang sedia ada.

kita sering mencari alasan
alasan untuk membenci.
dan disaat itu pula perlu untuk kita bertanya..
benarkah.. mata ini dibuka ..
untuk kita mengenal erti benci berbanding cinta..

sedangkan..Janji Kita pada Tuhan!
mati.hidup.segalanya pada tuhan.

Andai jasad masih bernyawa!
jangan biarkan ia bernyawa seolah tidak bernyawa..


Saturday, December 11, 2010

Indescribable

Posted by Unknown on 11.12.10



FAMILY.FRIENDS.FOE


-FLoP-

..Perlukan masa untuk puLih..

Friday, December 3, 2010

I Thought I knEw

Posted by Unknown on 3.12.10



Present to You.. By AleX LamBert... I Didn't Kn0w.. EnJoy!

Monday, October 25, 2010

sekadar Perkongsian dari hati yang luluh ikhlas..

Posted by Unknown on 25.10.10

First Of All... Thanks to Encik Yo ... ni Hasil beliau.. saya cuma kongsi!

may first! selalu di hati!! - itu lagu pembukaan untuk siri kali ini.

di satu desa yg permai yg diterajui oleh raja yang digelar,Daddy Dua Akar (Pak Two-Root). Raja itu punya permaisuri, namanya May First. May First cantik, rambotnya segar lagi kembang, kulit mukanya sungguh tegang, bibirnya sedikit terjuih, dan dia suka berkaroke di majlis2 keramaian. yang paling penting, dia ramping!

hendak dijadikan cerita, suatu hari may first menganjurkan Pertunjukan Ratu Kebaya- Islamic Way. dia ingin memartabatkan namanya... eh, nama islam ke peringkat antarabangsa. lalu dia menyuruh konco-konconya mengupah designers luar negara dan model2 luar negara (kalau amek dalam negara punyerrr, tak antarabangsa pulak)..

lalu peninglah designers2 ini berpikir. bukankah baju kebaya tu ketat? dan ramping pulak di pinggang? lepas tu kain dia kenalah ada belah? dan selalunya org berkebaya cuma pakai selendang jarang? jadik macam mana nak kasi kebaya the islamic way? islamic way tak boleh ketat, kena longgar, tak boleh belah-belah and dedah-dedah, lepas tu kena la pakai tudung, selendang yg jarang dan hanya mampu tutup tiga helai rambot tak aci dalam islam. abih tu macam mana nak kasik islamic? WARGHHHHH!!!!

tetapi tiba-tiba mereka ada idea! buat apa nak pening2? kita jadikkan mayfirst sebagai model rujukan. dia kan orang islam? tapi selamba je die 'menyinga'kan rambotnya, dia selalu pakai baju yg tak berapa nak longgar jugak. dan nak kasik nampak lagi islam, kita letak corak yang ada nama nabi bagi org-orang islam, Muhammad. yes! dorang pun mula mendesign.

hari pertandingan pun bermula. may fist lah penaungnya, pengasasnya, dan of kos, perasmi nya. jadi semasa perasmian, dia pun memberikan ucapan.

"The Islamic Fashion Fe... opsss.sori.. 'The Pertunjukan Ratu Kebaya- Islamic Wayis precisely intended to end the myth that a Muslim woman cannot posses a sense of style. On the contrary, Islamic dressing is a style of its own, and today, it is beginning to attract more and more attention, as mainstream trends become increasingly bold, sensual and provocative which is unappealing to the more conservative consumers"

itu lah serba sedikit quote dari may first. lalu show pon bermula. ....................................................................................................................................................................................................................................................

semua tercengang.. islamic way? what the... tu.. tu bukan ke nama Muhammad ke kat baju tu? kat atas dada model perempuan tu, and kat bahagian kemaluan model perempuan tu pun ada gak corak nama Muhammad..

tapi ini kan program may first? takkan nak cemuh kot? akhirnya, apabila pertunjukan berakhir, semua orang berdiri.. bertepuk tangan! clap clap clap! tahniah may first! you are the inspiration of islam!! semua orang menangis terharu atas kejayaan pertunjukan ratu kebaya ini. inilah yang kita mahukan! akhirnya kita jumpa juga serikandi yang mampu memartabatkan islam! ulama-ulama pun tak mampu MEMARTABATTTTKANN islam camni! cuma mayfirst seorang mampu! disebabkan may first suka karok, di akhir penutupan majlis, dia meng'cat walk'kan dirinya ke atas pentas, dan menyanyi lagu 'hanya kau yang mampu' nyanyian asal oleh aizat'. lagilah penonton-penonton ni dok tepok. kena tepok, kang tak tepok tak dapat tender lak.

designers dan pelawat-pelawat negara luar juga bertepuk. dalam hati, mereka berkata, "laa.. aku ingat islam ni byk sangat kena tutup badan perempuan..  tarak la teruk sangat. dok serupa cam bini aku jugak cara depa pakai baju."dorang juga berfikir, "laa.. aku ingatkan perempuan takleh nyanyi depan lelaki camni. lepak je mayfirst nyanyi. hmm.. tak beza mana la islam ngan agama aku!"..

akhirnya may first berjaya juga memberikan pemahaman jelas tentang cara-cara berpakaian dan aurat dalam islam kepada org agama lain. smoga kamu mendapat ganjaran Tuhan atas 'budi' kamu itu. sekian.

p/s- luahan ini spesifik hanya utk kedangkalan may first dlm penganjuran 'pertunjukan ratu kebaya-the islamic way' sahaja, sebab kealpaan dia telah mencemar persepsi dunia pada islam yang sebenar, esp bab aurat. aku tak ada niat nak kutuk yang lain2 pasal dia, sebab aku tak kenal dia. amalan dia mungkin lebih baik dari aku. ramadhan hari tu pun dengar kata die khatam 30 juzuk al Quran. tu pencapaian yang jaoh lebih baik dari aku ni. harap maklum

Friday, October 22, 2010

Bila Berbicara mengenai hati dan Perasaan, Percayalah, bumi itu tidak rata Sebenarnya...

Posted by Unknown on 22.10.10

Memoir of me..  SMK Jalan Junid  (20/07/2010 – 22/10/2010)

First time jejak kaki kat UTM, benda pertama yang asyik disebut2- Bila LM.. cam ne lah rasanyer bila dah jadi cikgu prak nanti.. best k? 2 tahun menanti.. dengan kekabutan mencari sekolah untuk LM, Mula2 nak pilih Sekolah SAINS n MAAHAD sajer… pastu xdapat… mintak BP, dapat SKOOL dato’ Syed Esa.. refuse to go coz aku sorang2 jer kat BP.. GIGIH jumpa enCik Meor tukar ke Muar coz my course mate –zaki,wan,brian n din- semuanya ke muar.. n at last, dapat MUAR dan satu sekolah ngan Zaki… SMK JALAN JUNID, MUAR…  Cam pelik.. xpernah dengar.. cam Choi pown ade gak.. amek name jalan jadi name skool.. tapi xpe la.. redah je la kan… mana tahu, untung badan, dipermudahkan tuhan,dapat anak murid yang COOL gilak but still have sentimental value cam aku k.... okay gak tu.. hahaahah… n  akhirnya.. tiba jua saat di mana kami semua dibebaskan untuk  pergi berdikari.. menjadi Cikgu katanyer.. aku daftar lambat… sebab ade Pertandingan Debat Alam Sekitar di UMT… 20/07/2010 , kul 5 pagi, baru sampai muar…  gigihkan jua k skool.. ye la dah skip sehari… 

First tyme jejak kaki di SMK JJ…  pagi2.. meraba2 carik meja.. ye la.. setiap cikgu kana de meja tersendiri.. so, aku pown nak jugak la meja tu..  tiada ape yang menarik first day.. Cuma pi lapor diri dengan GPK, ENCIK KAMSANO.. lawak giler.. mula2 aku sampai, dengan muka serious “owh, kamu xtahu k yang saya dah hantar surat k utm membatalkan latihan kamu di sini” … for sure la aku cuak.. tak payah la nak kelentong giler.. tapi, a piece of me, cam seronok sebab boley stay kat utm lama lagi.. ahahah.. but, dia gurau  jak… aku pown, layan la gelak… 

Xde pe sangat.. minggu pertama, minggu ROS… jalan2 di sekeliling skool… ari rabu – Guru pemimbing aku bawak ke kelas yang aku bakal ngajar.. 1.1- K.A.A… aku terpikir la K.A.A tu per… yang cikgu tu cakap 5 minit.. n then, dia soh aku handle kelas.. so, aku ngan lagaknyer.. mengintroduce kan la diri depan dak2 ni.. terasa kecik aku tgok dak2 ni.. ye la.. form 1.. so, aku perkenalkan la diri aku ni.. . 17 orang semuanya dalam kelas tu 10 Guys..n 7 girls.. comel2 semuanya.. dan baik2 semuanyer.. so, sepanjang 30 minit tu, bermesraan la aku ngan diorang..tapi aku soh gak dak2 ni wat kerja sendiri.. n tyme ni aku mula kenai ngan ZAHIRAH n MAHIRAH,kawan baik yang selalu bersama.. tya aku satu soalan.. perghhh.. xdapek jawab.. malu giler.. ahahah.. tapi cover.. cakap K.I.V dulu yer soalan ni.. dan yang paling gelabah , bila ZAHIRAH  tya, K.I.V tu ape, n then aku jawab - "ade la".. haahhaha.. n as a conclusion pada ari tu, aku dah rasa cam syok da… hahahah.. best dapat kelas ni…tapi, rupa2nyer.. aku dikabarkan aku kena ajar dua kelas.. so, aku di beri satu lagi kelas n I’m so upset.. Xseronok.NOKTAH.TIADA CERITA MENGENAI MEREKA. Hahahaah. Aku memang bias n choi!...(SILA JANGAN FOLLOW PERANGAI SAYA YANG INI)

6 minggu pertama b4 raya.. cam bese.. hubungan ngan students, still cam bese.. but the superb thing bout me.. aku hafal name students aku tyme first tyme aku masuk kelas tu.. – SHAFIQ,HASIF,ARIF,ARIF F,AKMAL,AMIRUL,AIMAD,AIMAN,AZMI n MUISS - -FAHIMAH,NABILAH,ZAHIRAH,MAHIRAH,AFIQAH,ILY n HAWA – (Ah, Group) hahahaha..

Sepeti ayat2 hipotesis sains darjah 6 – SEMAKIN…SEMAKIN -.. so, aku cam tu la.. SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG.. gediks giler x.. hahah.. x kesah la, it’s me.. n them, my son.. my love towards them blossoming day by day.. 

N then raya tiber.. hahaha.. cam bese la.. da bukak skool.. kat kelas.. duit raya.. duit rayaa.. tapi, nak wat cam ne.. CIKGU kamu semua ni MISKIN sangat…  hahahaha..Kecik tapak tangan kamu semua minta, Kata-kata kosong cikgu hulurkan.. hahaah.. SORRY semua..

pi Camping paling best kot.. hahaha.. tapi xde la best sangat pown.. bese2 jer.. tapi tyme tu la aku mula close with my students.. girls semua p.. laki yang p 6 orang.. 3 sekawan -MUISS-SHAFIQ-AZMI, ngan AIMAD-ARIF FARHAN-HASIFF....  okay la pengalaman camping.. ngan aktiviti JOYSTICK aku handle.. cam choi, tapi okay la.. 

N pas raya ni, aku mula rapat ngan kelas 2 K.A.A… muka2 yang aku start rapat, ikram.. taufiq(aku da layan cam adek aku da…) n ramai lagi la.. yang aku boleh ajak gurau 2 orang tu la..  tapi seriously.. NIK,LAUT,NIPPON,SYAMAL,AIE,LENGGENG ADDIN … diorang ni cam kita dulu lar… kononnya cam ala2 anti perempuan la.. perempuan wat xtiviti xnak join.. hahaha.. klakor gilak aku tgok…  aku melihat DRAMAyang Mempunyai TEMA yang sama, CUMA WATAK,MASA DAN PENTAS YANG BERBEZA… 2K.A.A.. Cool la korang.. hahahah.. tapi tetap laha jugak di situ.. termasuk si ridhaudhin.. bajet2 malu,.. ahhaah..

Entah, dah xbanyak nak tulih da… Cuma pesan daku wat anak bangsa Jiwa merdeka semua , Jaga diri… 

Untuk dak 1 K.A.A – jaga diri.. diri kamu semua xkan dilupai selagi jasad ini masih mendiri di bumi  ini..
                                                Sayang Cikgu untuk kamu semua, hanya tuhan jer yang tahu… tiada apa yang lebih penting selain dari melihat korang semua Berjaya! 

yang laki dan perempuan, dalam bersahabat, tengok sape yang kita kawan.. kalau diri kamu xkuat, undur la diri... kalau diri kamu kuat, tak kuat terpengaruh, teruskan.. kadang2 seronok kawan ngan semua orang... rajin2kan datang k skool .. untuk dak2 laki, cikgu harap, kamu semua still cam cikgu kenal sekarang... HORMAT cikgu2 lain k! MUISS, xnak ponteng da... same jugar ngan HASIF!

kawan2 yang lain, kalau nampak kawan2 yang lain mula dah nak menyimpang, nasihat, tegor, kalau xjadi, CALL cikgu, nak kena penyepak tu.. ahahah.. xde la.. gurau je.. 

khas untuk mereka yang bergelar wanita..Zahirah..Mahirah..NAbilah..Afiqah ..Fahimah..Hawa n Ily.. inGat.. jaga 2 benda.. MALU dan MARUAH... 
ingat pesan cikgu kat kelas... 

UNTUK KELAS 2 K.A.A - thanks untuk jamuan.. sangat hargai usaha kamu.. tiada ape yang dapat cikgu ucapkan selain ucapan selamat berjaya.. dan jadilah insan yang CEMERLANG! cikgu xkenai kamu sangat tapi seronok kenai kamu semua...

- ok, pen off.. 

Sesungguhnya, Selamat tinggal itu Bukan unTuk Kita.. 
Aku masih bernafas.. kamu jua,dan kita berdiri di bumi yang sama..
memandang langit yang mana pekat warnanya masih tidak berubah walau berbeda tempat dan kawasan..

jika dapat ku pujuk masa untuk  bersama dan pegun bersama ku,
percayalah, di masa itu, kita kan bertemu kembali bersua!

- sambil dengak lagu What hurt the most.. Sit betoi.. toucing puler petang2 ni..





Tuesday, September 28, 2010

Entah!

Posted by Unknown on 28.9.10

Andai bulan punya cahaya,
Adakah pungguk rindukannya?

Andai bulan punya cahaya,
teruskah bintang memagarinya?

Andai bulan punya cahaya,
mungkinkah hilangya surut ghaibnya pasang di pepantai...

Andai bulan punya cahaya,
SIAPA KATA BULAN ITU TIDAK PUNYA CAHAYA....

mitosnya.. bulan itu cuma memantulkan cahaya mentari...

Monday, September 20, 2010

Bicara Aku dan Syawal - Puasa 6

Posted by Unknown on 20.9.10





Pelbagai persoalan,segala terjawab melalui link di atas.. 
semoga, dengan berlalunya syawal kali ni, tidak la kita sia-siakan tanpa melakukan puasa 6..

Thursday, August 26, 2010

Bicara Aku dan Ramadhan - Tatkala Kebenaran ditentang - Mengapa?

Posted by Unknown on 26.8.10



Tatkala berbicara mengenai Kebenaran yang ditentang,perlu untuk diketahui apakah kebenaran yang sepatutnya menjadi pengangan dan panduan- AlQuran dan Assunah...


Rasulullah S.A.W Pernah Bersadbda (MafHum) - Telah aku tinggalkan umatku 2 perkara, Selagi Ia masih berpegang Kepadanya,maka selamatlah mereka dan 2 perkara itu adalah Al-Quran dan Assunah(Hadis)

Al-baqarah (ayat ke-2) mafhum :
dan kitab itu (alQuran,Tiada keraguan Terhadapnya dan Petunjuk untuk orang yang Bertaqwa)



Mengapa Ditentang ?

1. JAHIL 

pepatah Arab pernah Menyebut 
"Sese0rang itu memusuhi apa yang tidak diketahui"

2.TIDAK MAMPU MENAHAN NAFSU 

Cth Mudah : - kenape orang MerOkok Still Merok0k.. sedangkan mereka semua tahu r0k0k itu haram hukumnya... membahayakan kesihatan? 

Semua mencari alasan Demi memuaskan nafsu... 

3.GRIFTER - WUJUD KEPENTINGAN SENDIRI

Pernah Dengar matLamat Tidak menghalalkan Cara??..

Tapi.. Bagi golongan ini..

matlamatlah yang menghalalkan cara...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site